salam readers .
tengah-tengah tensyen camni .
ada something yang mira nak share ngan korang kat sini .
ok , actually idea nak share benda ni timbul bila
mira kena debat dalam class agama esok .
tajuknya KEBAIKAN POLIGAMI ! =='
and kitorang orang pompuan yang jadi pencadang oke .
haha . memang mati kutu la kan bila
kena sokong benda yang kita tak suka .
but !
bila cari punya cari and punya cari lagi ,
here's the point .
banyak !
- Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan
disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
- Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan
tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
- Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan
dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.
- Poligami menghindar daripada berlaku perceraian
kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.
- Menghindari daripada perempuan bergelar anak
dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki
dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
- Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki,
yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
- Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan
menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai
harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab
sepatutnya terhadap wanita tersebut.
- Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak
sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia.
Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada
anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
- Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
- Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh
kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.
- Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri
beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.
- Menambah bilangan keturunan.
- Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.
p/s : berdosa besar jika seorang isteri menolak poligami .